Search This Blog


Wednesday, July 28, 2010

SATU KERUGIAN

Salam kepada semua pembaca blog Purnama12 ini. Sudah agak lama penulis tidak memuat naik artikel baru untuk tatapan pembaca.Ini adalah kerana baru-baru ini penulis mengalami kesibukan yang tak dapat dielakkan.
sejak kebelakangan ini penulis dapati diri ini dan orang-orang disekeliling penulis semakin tidak memeperdulikan tentang masa dan nilainya. Maha Benar Allah yang berkata didalam Al-Qur'an demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian...
Setiap hari kita membuang masa dengan hiburan yang berlebihan yang disajikan didalam televisyen sedangkan hiburan itu tidak memberi apa-apa manafaat. Televisyen itu seolah-olah telah menjadi candu yang mengakibatkan ketagihan kepada kita.
Begitu juga berapa ramai orang kita yang menghabiskan masa untuk melayari Facebook dan laman-laman lain di internet secara berlebihan. Tidak dinafikan yang internet itu ada kebaikannya tetapi ianya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan masa kita.
Sudah terlalu banyak benda-benda yang melalaikan berada disekeliling kita, handphone, permainan video, melepak, mabuk cinta..... jadi terserahlah pada diri kita sendiri untuk mengawal nafsu kita yang tidak pernah puas itu.
Membuang masa dengan begitu saja akan mengurangkan produktiviti, melemahkan fikiran, dan seterusnya mengakibatkan kerugian kepada kita umat Islam. Ini adalah satu kerugian yang besar bagi Umat Islam kerana musuh Islam seperti Freemason, Illuminati dan Zionis tidak pernah berhenti menjalankan kerja-kerja mereka hinggakan kewujudan negara Zionis yang diimpikan oleh mereka semakin menjadi nyata.
Marilah kita bersama-sama mengawal nafsu kita, menambahkan ilmu, meningkatkan produktiviti, mengatur masa dengan bijak dan menjadi umat yang berkualiti.
Setiap malam sebelum kita melelapkan mata cuba tanya pada diri sendiri 'Apa yang telah aku lakukan hari ini sebagai sumbangan untuk agamaku,,,ada atau tidak ada..?'

'ARYA ASWAD'

No comments:

Post a Comment