Search This Blog


Saturday, July 9, 2011

untuk abah

RINDU BUAT ABAH

Terlintas pandangan mengalir kenangan
Membawa diri mengimbau pengorbanan,
Menumpah ihsan kepada seorang insan,
Tiada kekayaan setinggi pengorbanan,

Mengukir senyuman dalam dalam kepenatan,
Mencari rezeki untuk sesuap makanan,
Membalut diri dalam dalam kehampaan,
Tidak pernah membiarkan anak kelaparan,

Wednesday, May 25, 2011

minggu berkhalwat

alhamdulillah, syukur kpdNya.
sekian lama ana tidak menulis di blog ini, byak kekalutan duniawi yg menyebabkan ana tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan semua,sekarang ni pon masih di tempat kerja, tapi ana gagahi jua untuk mencoretkan sedikit cerita di muka blog ini.

minggu ini rakan2 ana ramai yang berkhalwat, mengasingkan diri dengan kefanaan dunia, mencari Tuhan yang Satu, tapi kesempatan itu tidak sempat ana masuki, kerana masalah duniawi yang semntra ini, aduh kerana apa diri ni susah benar mahu melepaskan kepentingan dunia, walaupu sudah diketahui bahawa ianya hanya sementara shaja kan. tapi bagaimana cara nya itu yang penting bkan...

Thursday, April 14, 2011

Wednesday, July 28, 2010

SATU KERUGIAN

Salam kepada semua pembaca blog Purnama12 ini. Sudah agak lama penulis tidak memuat naik artikel baru untuk tatapan pembaca.Ini adalah kerana baru-baru ini penulis mengalami kesibukan yang tak dapat dielakkan.
sejak kebelakangan ini penulis dapati diri ini dan orang-orang disekeliling penulis semakin tidak memeperdulikan tentang masa dan nilainya. Maha Benar Allah yang berkata didalam Al-Qur'an demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian...
Setiap hari kita membuang masa dengan hiburan yang berlebihan yang disajikan didalam televisyen sedangkan hiburan itu tidak memberi apa-apa manafaat. Televisyen itu seolah-olah telah menjadi candu yang mengakibatkan ketagihan kepada kita.
Begitu juga berapa ramai orang kita yang menghabiskan masa untuk melayari Facebook dan laman-laman lain di internet secara berlebihan. Tidak dinafikan yang internet itu ada kebaikannya tetapi ianya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan masa kita.
Sudah terlalu banyak benda-benda yang melalaikan berada disekeliling kita, handphone, permainan video, melepak, mabuk cinta..... jadi terserahlah pada diri kita sendiri untuk mengawal nafsu kita yang tidak pernah puas itu.
Membuang masa dengan begitu saja akan mengurangkan produktiviti, melemahkan fikiran, dan seterusnya mengakibatkan kerugian kepada kita umat Islam. Ini adalah satu kerugian yang besar bagi Umat Islam kerana musuh Islam seperti Freemason, Illuminati dan Zionis tidak pernah berhenti menjalankan kerja-kerja mereka hinggakan kewujudan negara Zionis yang diimpikan oleh mereka semakin menjadi nyata.
Marilah kita bersama-sama mengawal nafsu kita, menambahkan ilmu, meningkatkan produktiviti, mengatur masa dengan bijak dan menjadi umat yang berkualiti.
Setiap malam sebelum kita melelapkan mata cuba tanya pada diri sendiri 'Apa yang telah aku lakukan hari ini sebagai sumbangan untuk agamaku,,,ada atau tidak ada..?'

'ARYA ASWAD'

Tuesday, July 27, 2010

EMPAT LAKI-LAKI DAN PENERJEMAH

Empat orang diberi sekeping uang.

Pertama adalah orang Persia, ia berkata, "Aku akan membeli anggur."

Kedua adalah orang Arab, ia berkata, "Tidak, karena aku ingin inab."

Ketiga adalah orang Turki, ia berkata, "Aku tidak ingin inab, aku ingin uzum."

Keempat adalah orang Yunani, ia berkata, "Aku ingin stafil."

Karena mereka tidak tahu arti nama-nama tersebut, mereka mulai bertengkar. Mereka memang sudah mendapat informasi, tetapi tanpa pengetahuan.

Orang bijak yang memperhatikan mereka berkata, "Aku tidak dapat memenuhi semua keinginan kalian, hanya dengan sekeping uang yang sama. Jika kalian jujur percayalah kepadaku, sekeping uang kalian akan menjadi empat; dan keempatnya akan menjadi satu."

Mereka pun tahu bahwa sebenarnya keempatnya dalam bahasa masing-masing, menginginkan benda yang sama, buah anggur.


MAULANA JALALLUDDIN RUMI...

Wednesday, June 2, 2010

PERINGATAN KHAS

Salam... dibawah ini ada artikel yang saya petik dari blog MistisFiles. Saya dapati artikel ini sangat berguna untuk dikongsi bersama. Sama-samalah kita berusaha untuk kebaikan umat islam demi untuk mencapai keredhaan Ilahi... selamat membaca... (ARYA ASWAD) Peringatan Khas
Jika anda seorang yang pesimis terhadap agama (khasnya Islam), atau seorang penganut sekular yang tegar, atau seorang materalistik berat yang ketagihan keseronokan dunia sila baca peringatan khas ini.Atau anda mungkin saja seorang yang Islam pada namanya sahaja,atau seorang yang bercita-cita untuk murtad...NANTI DULU!!Gunakan akal fikiran anda, kami ulangi gunakan mata dan fikiran anda sebaiknya.Fikir...fikir.Luangkan masa hanya beberapa minit atau anda akan menderita terseksa selama beribu-ribu tahun.

DI DALAM 'MATRIKS' YANG KITA HIDUP SEKARANG PILIHAN DIBUAT ATAS TANGGUNGJAWAB KITA.

Kami menghormati anda sebagai seorang yang matang dan dewasa.Gunakan fikiran waras anda.Suara hati anda.Fitrah anda sebagai manusia yang memiliki maruah tinggi dan nilai moral yang positif.

Tidak kira sama ada anda Muslim atau tidak,peringatan ini adalah ditujukan khas untuk anda.Sasaran Iblis Laknatullah (Azazel,The Fallen Angel,Watcher,Lucifer)dan Dajjal Laknatullah (AntiChrist) tidak kira sama ada dia seorang Muslim atau tidak.

Di dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam telah disebutkan tentang Iblis yang menyimpan dendam ke atas bangsa manusia.Ini adalah dendam dua makhluk Tuhan yang berbeza.Di dalam hadis nabi pula (percakapan lisan dari Nabi Muhammad S.A.W) ada menyebutkan tentang Dajal, iaitu seorang manusia berwatak syaitan yang bercita-cita menguasai dunia dan akhirnya menjadi Tuhan memerintah dunia ini.Banyak penafsiran tentang Dajal ini, tidak seperti Iblis yang memang diketahui akan sifat-sifatnya.Terdapat dua kategori utama,Dajal sebagai satu anasir kejahatan yang menyerang dunia dan yang kedua, berbentuk manusia yang merancang pelbagai strategi kejahatan.

Kedua-duanya adalah benar.Dajal adalah seorang manusia.Dan dia telah merancang pelbagai strategi untuk menguasai dunia.Hasilnya timbul satu anasir kejahatan berbentuk besar-besaran yang sistematik,tersusun dan mantap.Dajal telah hidup beribu-ribu tahun.Dia adalah termasuk makhluk yang dilengahkan ajalnya (al-Muntazhor) sebagaimana Iblis.Dengan usianya panjang,dia mampu mencapai teknologi yang berusia beratus tahun kehadapan.Di dalam hadis nabi,Dajal digambarkan sebagai manusia yang mempunyai mata satu, iaitu mata sebelahnya mengalami jangkitan penyakit ketika kecil.'Mata Satu' adalah simbol kebanggaan Dajal (AntiChrist) ini.

Anda tidak percaya?Mungkin anda bertanya "Who this asshole?" Dimanakah dia?Tunjukkan pada saya!Buktikan!.

Hehehe....hmmmm..

DIA ADA DISINI.DI BUMI YANG ANDA BERHIDUP SEKARANG.DIA SEDANG MERANCANG STRATEGI SETERUSNYA.TETAPI ANDA BERNASIB BAIK KERANA DIA SUKA MENINGGALKAN TANDA-TANDA KEWUJUDAN DIRINYA.DIA JUGA INGIN DIKENALI.DIA JUGA INGIN POPULAR.

Jika anda mempunyai wang satu dolar Amerika (1 US Dollar) sila lihat sisi belakangnya (yang tidak mempunyai wajah orang) terdapat dua mohor (seal) di situ.








Mungkin ada yang mempunyai lebih pengetahuan mengatakan itu adalah lambang Dewa Mesir Osiris atau Horus, tetapi BUKANKAH DAJAL BERCITA-CITA UNTUK MENJADI TUHAN ATAU DEWA YANG MEMERINTAH BUMI?Dajal telah lama hidup di bumi Mesir sebelum peristiwa Exile lagi (penghijrahan bangsa Yahudi keluar dari Mesir) dan dia lebih banyak tahu rahsia Piramid Agung dari Egyptologist (pengkaji piramid dan sejarah Mesir Purba) itu sendiri.

Cuba fikir apa kaitan bangsa Amerika dengan Piramid Mesir?Mengapa piramid dijadikan mohor (seal) Amerika Syarikat?Mengapa tidak objek lain?Bison misalnya,atau orang Indian Cheeroke.Kalaupun piramid hendak dijadikan modal,mengapa tidak piramid kaum-kaum asli Amerika seperti Aztek dan Maya?Lokasi piramid itu lebih dekat di Amerika berbanding Piramid Agung.Apa kaitan budaya Amerika dengan Piramid Agung Mesir?.Mengapa menyanjungi Piramid Mesir padahal bangsa Mesir dan bangsa Amerika bukanlah seketurunan dari segi sosio-budaya mahupun bahasa.Lebih baik mereka meletakkan Stonehenge,istana-istana kuno Jerman ataupun lambang Viking sebagai cop mohor kerana ia lebih dekat dengan budaya Amerika yang berasal dari koloni-koloni Eropah yang berhijrah dari Eropah ke 'Dunia Baru' Amerika.

Fikir...fikir

Mengapa terjadi 'anomalies' seperti ini.

Cuba fikir jika anda dari Malaysia contohnya mengambil lambang Roda Asoka (yang menjadi simbol di bendera India) sebagai cop mohor di belakang wang satu ringgit anda,atau negara Indonesia mengambil Tembok Besar China sebagai lambang negaranya menggantikan garuda?Tidakkah ini sesuatu yang menarik untuk difikirkan?Memang hebat 'integrasi budaya' di Amerika sehingga menyanjung keajaiban Piramid Mesir lebih dari pencapaian sains dan teknologi mereka sendiri.

SIAPA YANG TERLAMPAU OBSES DENGAN PIRAMID AGUNG MESIR?
APA RAHSIA DI SEBALIK PIRAMID AGUNG MESIR?
APA KAITAN AMERIKA DENGAN PIRAMID?

Cuba kaji dan fikir.

Sudah beratus tahun Dajal Laknatullah hidup dikalangan Firaun dan bangsa Mesir kuno.Banyak rahsia yang diketahuinya tidak diketahui oleh manusia moden hari ini.Banyak kenangan yang dilalui olehnya ketika hidup di Mesir dahulu.Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain dan hidup bersama.

Renung lama-lama ke dalam 'mata' itu.Dengarkan suara "Aku berada dikalangan kamu"."Aku ada di sini".

"Aku akan muncul"."Aku adalah Tuhan kamu".

Dia ada di sini.Di bumi yang kita tinggal.Al-Quran adalah benar.Muhammad adalah benar.Islam adalah benar.

Sekali lagi, jika anda memikirkan untuk keluar dari kebenaran Islam,fikir tentang wang kertas 1 dolar US ini.


SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMIKIRAN BARU.

Thursday, May 20, 2010

SALAM PURNAMA...

 Assalamualaikum... ini adalah tulisan pertama di dalam blog ini. Buat masa ini blog Purnama12 ini dikendalikan oleh dua orang penulis iaitu Arya Aswad dan Bayang Hitam. Penulisan dalam blog ini akan berkisar mengenai pelbagai topik seperti keagamaan, budaya, seni, politik, teori konspirasi, catatan pengalaman, dan lain-lain topik lagi.  Maknanya blog ini tidak akan tertumpu pada satu topik sahaja. Sebenarnya buat masa ini blog Purnama12 ini masih dalam proses pembinaannya... Artikel  yang pertama akan menyusul dalam sedikit masa lagi.                                                                                                                                                    
                                                                                                                                           Arya Aswad